Tuesday, May 3, 2011

Rumah Orang Tua Ku Menjadi Pulau !!!!!!

Dua tiga hari ini hujan lebat di tempat Patique tidak kira pagi , tengahari atau malam…..
Setiap hari pasti ader sekali hujan lebat….Sempena Hari Pekerja maka Patique pulang ke kampung halaman Patique untuk berehat …kiranya untuk menenangkan kepala Patique yang sakit sepanjang minggu lepas….
Ketika tiba di rumah orang tua Patique dilihat air dihadapan parit sudah sama paras dengan jalan untuk masuk kerumah…sekeliling rumah digenangi air…..rumah orang tua Patique umpama pulau…..tetapi laman dan rumah tidak tidak dibanjiri kerana agak tinggi sedikit.  Kira ketika santai diwaktu petang…dapatlah Patique menikmati pemandangan air sekeliling rumah.
Jiran Patique sudah menjadi pulau dan kenderaan tidak boleh masuk dan keluar kerana air telah naik cuma tidak sampai hingga the garage rumahnya sahaja. Jadi terpaksa jiran Patique ini berpindah kerumah anaknya buat sehari dua….walaupun tidak banjir..tetapi jika kenderaan tidak boleh keluar dan masuk pasti agak menyulitkan.
Walau apa pun hari ini nampaknya masih hujan lagi…dan Patique harap tiada banjir dan bencana berlaku.

No comments:

Post a Comment