Pada minggu lepas Patique berangkat bersama para pekerja Istana matahari Terbit ke pantai peranginan di utara negeri Patique ini…Kawasan peranginan dimana berdekatan dengan pusat kediaman bala tentera laut negei Patique.
Dengan menaiki bas dan kereta kami berangkat pada jam 8.30 pagi…walaupun jadualnya pada jam 8.00 pagi…disebabkan kelewatan Baginda Matahari Terbit tiba..maka para pekerja terpaksa bersabar menunggu….Cuba kalau para pekerja yang lewat..pasti makian hamunan akan diterima kerana tidak menjaga masa….Apa boleh buat kalau dah mentimun tu mentimun juga..masakan dapat melawan durian….Pasti akan tercucuk apa jua cara sekali pun… Selain dari kelewatan …perjalan kesana boleh dikatakan lancar.
Tiba di hotel penginapan..pada jam 1.15 pm. Setelah menghantar barang ke bilik…Patique segera bergegas ke tempat makan ..kerana menahan lapar di perjalanan tadi….
Setelah usai bersantap..maka Patique bersiap untuk menghadiri telematch yang dianjurkan.. telematch selesai pada jam 5.00 pm ….Kemudian Patique pun menjadi hippo di kolam renang hotel berkenaan…lebih kurang menghabiskan masa ..maka Patique pun pulang ke bilik dan bersiap untuk acara utama iaiti acara majlis makan malam anjuran Istana Matahari Terbit.
Komen Patique tentang Majlis Makan Malam tahun ini amat hambar…kerana jadual mula pada jam 7.00 telah dilanjutkan ke jam 7.30 pm …lepas tu ramainya yang menyanyi karaoke..di pentas dan kebanyakkan nya hanyut kelaut…..pitching hanyut, tune hanyut….
Kira semuanya hanyut kelaut…Cuma seorang dua jerrr yang kira OK..okies okies jerrr la…
Kira Patique menghitung waktu …bila la..nak habis acara nie….dengan keadaan dewan yang hangat….Cuma makanan jer yang sedap…kira puashati…..tetapi yang lain lain…kira soso jer la..

No comments:
Post a Comment