Dua hari lepas satu kejadian telah berlaku di Istana Matahari Terbit dimana seorang Dayang telah mencuri di locker para pekerja… 2 buah locker telah dicerobohi dan wang tunai telah dicuri oleh Dayang tersebut. Kejadian ini berlaku ketika shif malam dimana tidak semua bahagian Istana Matahari terbit beroperasi..Jadi mudah lah Dayang tersebut untuk melakukan operasinya.
Dayang ini pernah ditangkap di Negeri Matahari Terbit kerana bersubahat mencuri dipasaraya disana dan sebagai tindakan Pihak Istana telah memberi penalti dengan menggantung kerja tanpa gaji selama 2 minggu dan beberapa orang yang bersama Dayang ini ada yang dibuang kerana ditangkap oleh Polis Negeri Matahri Terbit kerana kecurian tersebut yang mencemarkan nama baik Istana Matahari Terbit dan Negeri Patique.
![]() |
| anzentaisaku.com |
Ketika disoal siasat berkenaan kecurian ini….Dayang tersebut tidak mengaku membuka locker orang lain…dan setelah digesa oleh Pembesar Darah Maharaja ..dia mengaku tersalah membuka locker orang katanya…dan hanya membuka satu locker sahaja….Hmmm menipu lagi tu…getus hati Patique ketika mendengarnya….Maka di soal lagi oleh Pembesar Berdarah Maharaja …maka mengakulah Dayang mengatakan dia terpaksa mencuri kerana tidak cukup wang dan suami tidak bekerja…..Jumlah curian yang dinyatakan oleh Dayang itu juga sama dengan jumlah kehilangan wang yang dilaporkan kepada Para Pembesar……Rakaman CCTV juga menunjukan Dayang ini telah menbuka 2 locker dan mengambil masa yang lama ketika menyelongkar locker tersebut dengan mengunakan torchlight HP nya…..Nampak sangat mencuri …itu pun tak mengaku….
Dengar dari desas desus tersebut nyata ada juga Dayang Dayang lain yang kehilangan wang mereka sebelum ini tetapi tidak dilaporkan kepada Para Pembesar kerana takut dimarahi…
Locker telah disediakan oleh Pihak Istana…dan arahan telah diberikan ..bahawa semua barang peribadi perlu disimpan didalam locker dan tidak boleh dibawa bersama di tempat melakukan pekerjaan…jadi Pihak Istana perlu mengambil tanggungjawab terhadap kehilangan itu berdasarkan keadaan dan situasi.
Jadi Dayang pencuri ini telah dibuang kerja dan perlu membayar kembali jumlah wang yang telah dicurinya.
Harapan Patique selepas ini tiada lagi kecuarian atau hilang menghilang berlaku di Istana Matahari Terbit ini.


No comments:
Post a Comment