Monday, May 23, 2011

Pepagi lagi Patique dah melihat orang bertengkar…
Seperti biasa pagi Isnin Patique akan singgah ke stesyen minyak yang berdekatan dengan kediaman Patique…jadi Patique pun berhenti dipam yang berdekatan dengan booth pembayaran. Pagi tadi kira kira dalam 7 orang yang beratur untuk membayar pengisian minyak. Setelah beratur ketika 2 orang lagi didepan Patique..ader seorang Abang nie..beri RM10 lepas tu tunjuk sebelah tangan 2 kali…Cashier tidak faham ..dan bertanya balik…maka ditunjukan 5 jari…kemudian cashier bertanya lagi pam no. berapa…dia pergi tunjukan motor dia dengan jari telunjuk dari booth itu….Dalam hati Patique bisu ker apa orang nie….Jadi kerana ramai yang menunggu untuk membayar…… maka cashier tersebut pun suruh orang yang dibelakang customer tadi untuk mara…then customer yang Patique ingat bisu itu..pun mengetuk cermin booth tersebut memarahi cashier….
La….boleh bercakap rupanya…dengan longhat Indon yang pekat dia memarahi cashier tersebut…kira berlaku pertengkaran….
 
Abang Indon :  Kau tak paham ker?????
                         Aku nak cepat nie…..

Cashier Bangla :  Awak tarak cakap …mau berapa, pam berapa…mana saya tahu…
 Saya tanya pun tarak cakap……

Abang Indon :  Itu pun tak paham !!!! Pam X ….. 5 Ringgit

Cashier Bangla pun menyetting pam dan memberi baki wang…lalu Abang indon tu pun dengan rakus mengambil wang tersebut.


Kalau nak isi minyak tu…Cuma cakap terus…Minyak warna apa ….. Berapa RM…..Pam No. berapa…..Ini bagi bahasa isyarat ..pas tu bukan bahasa isyarat standard yang diguna pakai oleh orang pekak dan bisu tu….Manalah cashier Bangla tu nak faham….Dia pun sibuk gak ..pepagi….ramai customer dan seboleh daya nak settlekan cepat…..Ia lah semua customer nak pergi kerja kan….Ini ko pakai pakai isyarat tangan…melambatkan lagi proses  .

Patique tengok pagi tadi pun geram dengan perangai Abang Indon tu…pas tu orang tak paham nak marah marah lak…..Ko ingat apa???? Walaupun customer is always right…actually there is no such thing…..Kalau kita buat betul…then the person yang service kita tak betul…boleh la marah marah…ini semua berpunca dari kita..then nak memarah pulak….Patique rasa semua customers yang beratur tu akan menyalahkan Abang Indon yang tak reti bahasa / tak boleh berbahas tu….

No comments:

Post a Comment