Ahad lepas Patique pulang dari Utara…Setelah meredah jam di kawasan tol utara diakibatkan trelar terbalik….maka Patique singgah dikawasan R&R Red Hill yang popular tu.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Disebabkan kelaparan dan kesakitan hati kerana perjalanan yang tergendala….maka Patique pun membeli makanan di kedai makan disitu…..Kebanyakan kedai makan di sini menjual nasi campur….kerana tiada selera untuk makan nasi campur …Patique memilih Nasi Lemak disitu. Melihat deretan Nasi Lemak yang telah dibungkus teratur…pastinya ramai yang membeli…pada kiraan Patique.
“ Kak..saya nak sebungkus...” pinta Patique…Maka dikeluarkan dari ketuhar gelombang mikro..dan Nasi lemak yang masih hangat bertukar tangan…. “ Berapa Kak…” Tanya Patique…. “ Sehinggit Lima Kupang ” jawab Kakak tersebut….
Dengan nafsunya Patique membuka bungkusan nasi Lemak tersebut….untuk disantap…Bila disuapkan Nasi Lemak itu kemulut Patique…Adoooiiiii…Kenapa rasa nya Mazui nie ( Tak Sedap)….Dengan sambal tak pape rasa…Nasi pun tak rasa lemaknya….Kalau yer nak untung pun…biarlah berpada..kata orang….Nie nak untung lelebih sangat nie…..Hilang selera Patique untuk menyambung santapan….tetapi Patique gagahi jua untuk menghabiskanya…kerana perjalanan masih jauh…takut kelaparan diperjalanan. Teman sejiwa Patique pun membeli…nasi goreng kerana Patique memberitahu rasa Nasi lemak tersebut…..Ketika Teman Sejiwa Patique menyantap Nasi Goreng nya..terpancar ketidak sedapan nasi Goreng tersebut diwajahnya….dari penglihatan Patique…Nasi Goreng tersebut hanya digoreng dengan kicap sahaja…dan kosong….kira nasi goreng kicap….dan harga nye..kalau tak salah…3 hinggit…..
Nie yang dikatakan…peniaga cekik darah….kalau makan berasa..takper..walaupun mahal..tetapi…bila makanan tidak sedap…tetapi harga macam…beli kat restoran luar lagi baik …apa cerita….????? Lepas nie rasanya kalau tak kesuntukan…Patique tak singgah kot makan di R&R tersebut…..
![]() |
| Gambar Hiasan |
***** Nasib Baik Patique Tak Pernah Makan Ikan Patin Di Temerloh…Kalau tidak mengeluh nak membayar…sbab harga bleh buat dowpayment beli ngumah hehehe *******


No comments:
Post a Comment