Thursday, April 7, 2011

Kenderaan Idaman..

2 hari lepas…ketika Patique usai beriadah…Patique ternampak sebuah kenderaan yang menjadi idaman Patique selama ini. Jika Patique mempunyai wang yang lebih…ditekankan WANG yang LEBIH…akan Patique cari sesiapa yang memiliki kenderaan ini dan akan Patique upgradekan..agar ia kelihatan menawan seperti kenderaan yang Patique lihat itu.


Kenderaan ini menjadi popular oleh hippi ketika era 70 an dahulu…dan selalunya bila menonton TV pastinya bila hippi maka kenderaannya pastinya kenderaan idaman Patique ini.
Antara sebab kerana Patique menyukai kenderaan ini adalah bentuknya yang unik, spaces dan tidak complicated…Ringkas tetapi bergaya jika kena dengan accessory nya.
Mungkin untuk memiliki kenderaan ini tidaklah mahal harganya…tetapi bagi pemilik kenderaan yang tidak menggunakan nya..pasti keadaan kenderaan itu tidak bagus..dan pembaikan dan upgrade yang memakan kos yang tinggi.

Walaubagaimana pun…jika ader rezeki ader masa….dan di izinkan Nya pasti suatu hari nanti Patique akan memiliki kenderaan ini.

 ***** Bermimpi Balik Kampung Dengan Kenderaan Idaman …Huhuhu *****

No comments:

Post a Comment