Semalam Patique berasa lesu sekali…kepala Patique sakit berdenyut denyut…Namun Patique gagahi jua badan Patique ini untuk pergi ke Istana Baginda…Setiba di Istana Baginda …sakit kepala tetap tidak berkurang malah semakin tenat rasanya….hendak berdiri pun terasa lemah….Maka meminta pertolongan dari Pembesar Pulau Kalungga untuk meminta Baginda memeriksa tekanan darah Patique ini. Setelah diperiksa Nahh!!!!
155 / 114 ..ini dikira pencapaian baru ini…Patutlah kepala rasa tidak betul…Badan terasa berat dan lesu….Maka segeralah Patique menuju berjumpa Tabib….Maka diperiksa sekali lagi oleh Tabib itu…Tekanan darah 130/98……..dah turun…tetapi sakit kepala masih ader dan berdenyut denyut.. Tabib memberi Patique ubat untuk melegakan sakit kepala dan cuti rehat selama sehari.
Jadi semalam dalam jam 10.00 am ..maka Patique berangkat pulang ke Kampung Halaman Patique…agar Patique dapat tidur lena….Jika ke teratak merpati…pastinya Patique tidak dapat berehat dengan betul..kerana ada banyak cabarannya nanti.
Tiba di kampung halaman segera Patique bersiap untuk beradu….didendangkan dengan kicauan burung dan jam tik tok tik tok….Patique lena tanpa mimpi…Ketika jam menunjukkan 1.00 pm …maka terjaga Patique dari beradu…..setelah bersantap…Pada jam 2.00 pm ..Patique beradu kembali dan bangkit pada jam 5.20 pm …itupun setelah mendengar bunyi telefon bimbit dari Teman Sejiwa Patique.
Hari ini badan terasa ringan sedikit..tetapi kepala masih terasa sedikit berat walaupun sakit kepala tiada…
Harapan Patique semoga hari ini Patique lebih sihat untuk hari hari mendatang.
*** Seperti biasa tiada hari yang benar benar indah…Baru sahaja menyelesaikan kes ketua dayang dengan Baginda Istana Matahari Terbit….Adoooiiii Kepala Patique Sakit Kembali *****


No comments:
Post a Comment